Thursday, May 29, 2008

Ulangtahun Pemergian P Ramlee ke-35


Salam ceria buat semua. Semoga anda diberi kesihatan yang baik dan lebih bermotivasi dalam menjalani hari ini. Hari ini, 29 Mei 2008 genap 35 tahun pemergian Tan Sri P Ramlee, seniman agung negara Malaysia. Bila bukak TV pagi-pagi, isu ini dibincangkan. Begitu juga di radio, juga membincangkan topik yang sama. Saya pun tak ingat pasal ni, cuma bila diuar-uarkan barulah tau. Apa yang saya boleh katakan, P Ramlee memang sangat versatile, dari seorang pelakon, pemuzik, pengarah, penyanyi...memang Allahyarham seorang yang dianugerahkan Allah mempunyai pelbagai kebolehan.




Filem-filemnya dari dulu sehingga kini memang sentiasa mendapat tempat di hati penonton dan sentiasa diulang tayang di TV. Saya sendiri pun dah tak terbilang berapa banyak kali menonton semua filem tu. Memang best! Ada kelakar, sedih, menyayat hati dan menyentuh jiwa penonton. Antara filem yang menjadi kegemaran saya sendiri adalah Nujum Pak Belalang, Masam-masam Manis, Tiga Abdul, Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Ahmad Albab. Tak pernah jemu beb tengok banyak kali pun!




Berikut petikan rencana yang dipetik daripada Utusan Malaysia:



Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA dan SHAZRYN MOHD. FAIZAL
Utusan Malaysia, 29 Mei 2008



Hari ini genap 35 tahun, seniman hebat itu meninggalkan kita.
Dalam tempoh itu, kita terus didengarkan dengan alunan melodi-melodi emasnya, kita tertawa sendirian menonton celoteh-celotehnya dalam filem bahkan kita juga berduka dalam kesedihannya dalam setiap lakonan-lakonan yang menghibakan.
P. Ramlee merentasi masa bersama naskhah-naskhah yang dihasilkannya sejak dari zaman muda sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
Buat P. Ramlee, jasa dan pengorbananmu akan tetap dikenang sampai bila-bila. Dan sesuatu yang pasti, P. Ramlee akan terus dirindui.
Semoga beliau terus damai di sana, Al-Fatihah.






Wednesday, May 28, 2008

Indahnya...

Indahnya DUNIA hanya sementara
Indahnya CINTA hanya seketika
Indahnya MIMPI kadanag tak pasti
Tapi
Indahnya PERSAHABATAN sukar dicari ganti

Sahabat

Sesaat pertemuan menitik perkenalan
Seminit perkenalan menerbit kemesraan
Sejam kemesraan mengukuh persahabatan
Sehari persahabatan selamanya dalam ingatan

Bercakap benar

Bercakap benarlah kamu, walaupun benar itu pahit
Kerana kepahitan itu adalah penawar yang mujarab
Sebaik-baik kaya ialah kaya hati
Sebaik-baik bekal ialah takwa
Seburuk-buruk buta ialah buta hati
Sebesar-besar dosa ialah berdusta
Sejelek-jelek usaha ialah memungut riba

Orang

Orang yang cerdas ialah orang yang takwa
Orang yang dungu ialah orang yang derhaka
Orang yang dusta ialah orang yang khianat
Orang yang benar ialah orang yang dipercayai

welcome back

Hallu, welcome back to my blog, my star. Wow! it's been a few months passed by already since the last time I wrote something here. Well, how i want to start this writing, i wonder...actually I'm just going through a transition period towards a new job. Now, I'm still in adapting to a new working environment. There are still a lot of things to catch-up, to learn and to cope with. I will try my best to ensure my excellent performance to my career. Apart from that, I will try to update my blog from time to time ya. I love writing cause it's how I can express something and share with everyone. Thus, I can enhance my writing skill as well as keep busy in my daily life. Till we meet again.

Spice up your day with good spirit!