Friday, May 30, 2008

Mari Minum Susu

Salam ceria buat semua. Mulakan hari Jumaat yang indah ini dengan senyuman dan semangat tinggi untuk memulakan tugasan anda. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dalam meneruskan kehidupan di bumi Allah ini.


Saya ingin bercerita tentang topik minum susu. Susu merupakan sejenis minuman yang kaya dengan pelbagai jenis zat yang begitu berkhasiat seperti kalsium dan protein. Ia boleh memberikan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Setiap orang memerlukan susu sepanjang hayat mereka, namun pengambilannya berbeza bergantung kepada peringkat usia seseorang.

Untuk makluman semua, minggu terakhir bulan Mei telah diisytiharkan sebagai Minggu Minum Susu Sedunia. Ini bertujuan mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai peri pentingnya pengambilan susu sebagai salah satu sumber penting kepada tubuh badan. Maka, sewajarnyalah kita mengambil kesempatan ini untuk lebih peka tentang kepentingan minum susu dalam sajian seharian.

Khasiat susu kepada wanita amat signifikan, terutamanya ketika period. Pengambilan susu pada ketika itu membantu dalam menstabilkan hormon wanita. Jadi, selalulah amalkan minum susu ye.

Bagi yang tidak gemarkan susu dari sumber haiwan seperti lembu, boleh membuat pilihan dengan minum susu soya. Ia adalah sumber susu daripada tumbuhan yang rendah lemak dan sangat bagus diamalkan. Seperti saya juga yang amat gemarkan minum susu soya.

Jadi, apa tunggu lagi. Amalkan gaya pemakanan yang sihat dengan minum susu secara konsisten dalam hidup kita.

No comments: