Selamat bertemu kembali buat semua.
Cuti sekolah kembali lagi nampaknya. Hari ini genap seminggu para pelajar sekolah menikmati cuti mereka, ini termasuklah adik-adik saya kat rumah tu. Wah, seronoknya mereka. Dapat bangun lambat, menonton pelbagai jenis rancangan tv dan dapat makan yang sedap aje dari masakan mama.
Itu yang pejabat pun sunyi ler jugak, bagi sesetengah bahagian yang stafnya ramai mempunyai anak yang bersekolah. Mana taknya, inilah peluang ibu-bapa pun turut sama brcuti bersama anak-anak. Bagi yang berkemampuan, bolehlah pergi bercuti ke mana-mana destinasi yang diingini. Malah, ada jugak yang terbang ke luar negara semata-mata memenuhi kehendak anak-anak. Emm, sekarang kan musim bunga di Eropah, jadi amat sesuailah bagi mereka yang ingin melancong ke sana. Seronoknya! Bilalah saya berpeluang pergi ke sana ye. Insya-Allah, bila sampai masa dan ketikanya, saya akan sampai juga.
Adik-adik saya kat rumah tu, mereka buat apalah ye...Habiskan masa seharian kat rumah aje. Tak ada orang pun nak bawa mereka berjalan. Abah dan saya kan kerja. Jadi, cuti hujung minggu aje lah peluang yang mereka ada untuk keluar berjalan-jalan. Saya pun tumpang sekaki. Hehe... Apa pun, saya rasa mereka seronok jugak habiskan masa kat rumah tu, macam-macam aktiviti jugak boleh buat. Lagipun, kami baru sahaja berpindah ke rumah baru. Bolehlah mereka menikmati kehidupan di rumah baru! Wah...wah!
Abah dan ma dah merancang untuk pulang ke kampung pada hujung minggu terakhir sebelum sekolah mula. Seronoklah dapat berjumpa mek dan ayah. Yang sedihnya, saya tak dapat ikut serta dan akan ditinggalkan keseorangan di rumah. Sebabnya? Tak muat kereta la nak balik kampung. The passengers will be 4 persons at the back! Hmmm, tak de chance la saya. Anyway, it's ok la. Saya kan dah besar, boleh berdikari dah. Abah dan ma tak perlu risau, saya boleh jaga diri sendiri. Ada peluang, lain kali boleh balik kampung lagi. How I miss my lovely village!
Ok, have a nice!
Selamat menikmati cuti hujung minggu:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam sis...transition for new job?where r u working rite now?hope u'll always fine too..take care
Post a Comment