Pentingnya umat Islam menekankan nilai ini dalam kehidupan dijelaskan melalui firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah. Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan demikian saja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya).” - (Surah Al-An’am, ayat 162-163)
Perlunya seseorang Muslim menjadikan nilai pengabdian kepada Allah sebagai unsur utama dalam kehidupan mereka kerana Islam ialah agama berteraskan akidah atau keyakinan luhur kepada Allah yang Maha Esa, malaikat, rasul, kitab, hari kiamat dan kepercayaan kepada qada’ dan qadar ditentukan Allah.
Hasil daripada keyakinan ini akan membawa kepada lahirnya kesedaran dan kesanggupan insan untuk menunaikan segala kewajipan sudah ditetapkan oleh Allah, sekali gus menjauhkan segala larangan serta tegahan-Nya.
Petikan tulisan Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus
Berita Harian, 26 Jun 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam,terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya.saya setuju dengan post saudari.nilai islam dalam masyarakat sekarang memang perlu lebih diamntapkan lagi.kita telah jauh terpesong daripada mengikuti al-quran dan sunnah.
Post a Comment